Bagaimana Cikgu Ifah membantu anak anda membina Asas yang KUKUH dalam penguasaan Matematik dan memperolehi 'A' dalam peperiksaan
Latar Belakang
Cikgu Ifah merupakan seorang guru yang meminati subjek matematik dan mempunyai pengalaman mengajar selama 7 tahun di sekolah dan pusat tuisyen. Semasa pandemik ini, Cikgu Ifah memutuskan untuk beralih ke online dan melancarkan akademi bernama Akademi Cikgu Ifah pada April 2021.
Pembelajaran Online adalah satu norma yang harus biasakan, dan kami nampak norma ini akan berterusan selepas pandemik sekalipun.
Adakah Akademi Cikgu Ifah ini sesuai dengan anak anda?
Di sini kami ingin mengambil peluang ini untuk berkongsi kelebihan belajar bersama kami.
Setakat ini:
a) Kami hanya fokuskan subjek matematik daripada tingkatan 1 ke tingkatan 5 dan Add Math T4 dan T5
b) Kami berjaya membantu lebih 520 pelajar sekolah menengah dari gagal ke lulus, dan dari lulus ke cemerlang dengan belajar secara 100% online.

Sebelum Sertai Kelas:
Section 1
Ujian Diagnostik
Kami akan menjalankan ujian diagnostik terlebih dahulu untuk menilai tahap kemampuan asas pelajar, supaya kami memahami kemampuan mereka untuk ditempatkan di kelas yang sesuai.
Ibu bapa sendiri boleh mengenalpasti kelemahan / kekuatan anak dari sini, dan boleh gunakan keputusan ini sebagai asas.
Section 2
Kelas Trial
Seterusnya, kami akan mengajak pelajar untuk sertai kelas trial kami secara PERCUMA.
Ini memberi peluang kepada pelajar untuk berjumpa dengan Cikgu Ifah dan mengetahui sama ada anak anda boleh memahami gaya pengajaran Cikgu Ifah.
Kelas trial ini penting untuk mewujudkan kepercayaan anda terhadap mutu pembelajaran kami, sebelum anda komited membayar yuran bulanan.
Pelajar sendiri boleh menilai dan bayangkan impak kelas ini, kerana kami sendiri percaya, demi mencapai keputusan yang baik, ‘belajar tidak boleh dipaksa’.
Keinginan belajar itu harus datang daripada pelajar itu.
Section 3
Selepas Sertai Kelas
- Modul akan diberikan SEHARI SEBELUM KELAS, supaya pelajar sempat mencetaknya.
- Video Rakaman akan disediakan SEHARI SELEPAS KELAS untuk memudahkan pelajar yang mungkin tidak dapat hadir, ataupun ulangkaji.
- Kami simpan KESEMUA VIDEO RAKAMAN di laman web khas untuk pelajar Akademi Cikgu Ifah. Pelajar baru ataupun sudah lama join, akan ada akses menonton keseluruhan video untuk subjek dan tingkatan diambil.
- Selepas setiap kelas, kami akan MINTA MAKLUMBALAS PELAJAR (Students Feedback System) untuk memastikan Cikgu Ifah senantiasa berikan khidmat terbaik.
Ada apa-apa soalan? Sila komen di bawah.
Copyright @ www.senangskor.com